PTPTN umum dividen tiga peratus SSPN 2021

Wan Saiful (kanan) mengumumkan pemberian dividen Simpan SSPN 2021 sebanyak tiga peratus sambil diiringi Ahmad Dasuki pada majlis yang diadakan di Menara PTPTN, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi tahun 2021 sebanyak tiga peratus.

Lebih istimewa, PTPTN turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 pada kadar satu peratus.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, agihan dividen Simpan SSPN itu melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM206.25 juta yang akan memberi manfaat kepada 5.24 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.06 bilion semenjak Simpan SSPN diperkenalkan.

Katanya, kadar dividen yang diberikan kepada pendeposit Simpan SSPN adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.

“Dividen yang diberikan ini masih lagi kompetitif berbanding keuntungan akaun semasa dan simpanan tetap. Ia juga mengambil kira mandat pelaburan PTPTN yang dibenarkan adalah terhad dalam pasaran wang dan pasaran sukuk.

“Justeru itu, sekiranya dilihat kadar tiga peratus tersebut berbanding dengan kadar dasar semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahap 1.75 peratus dan keuntungan atau kadar faedah produk simpanan yang ditawarkan oleh bank tempatan bagi tahun 2021 antara 1.50 peratus sehingga 2.20 peratus, produk Simpan SSPN ini masih menawarkan kadar pulangan yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan agihan dividen Simpan SSPN 2021 dan melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2022 di Menara PTPTN, di sini, pada Selasa.

Credit to: Sinar Harian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi

Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi

Typically replies within an hour

Tinggalkan pesanan untuk bantuan

Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi
Hai, Sila masukkan Kod Eksekutif PTPTN Rasmi 000002240 semasa pembukaan akaun SSPN PRIME. Sila klik Start Chat With: Untuk bantuan lanjut..
Start Chat with:
chat