SIMPAN SSPN PRIME

GERAN SEPADAN

Pengenalan Geran Sepadan

Pemberian Geran Sepadan adalah berasaskan kepada pengumuman oleh YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2003 pada 20 September 2002. Pada dasarnya, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM1 bilion dalam bentuk Geran Sepadan sebagai insentif untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Keistimewaan Simpan SSPN Prime antaranya pemberian Geran Sepadan ada termaktub di dalam P.U.(A) 268 Peraturan-Peraturan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2004 walaupun ianya tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci satu persatu di dalamnya. Peraturan 9.(1) menyebut “Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan, memberikan sesuatu insentif kepada mana-mana kategori atau kumpulan pendeposit yang dirasakan sesuai oleh Perbadanan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”.

Ukuran Pendapatan Kelayakan Geran Sepadan

Gaji pokok (tidak termasuk elaun-elaun) adalah merupakan ukuran pendapatan bulanan keluarga bagi pengiraan Geran Sepadan:

  • Bagi pembukaan akaun sebelum 15 Januari 2010, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 semasa membuka akaun Simpan SSPN Prime adalah layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 

  • Bagi pembukaan akaun mulai 15 Januari 2010, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 semasa pengeluaran/penutupan akaun adalah layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat-Syarat

jumlah-geran-sepadan-sspn-prime-rm10000.png

Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga

Pendeposit-mempunyai-pendapatan-bulanan-keluarga-gaji-pokok-tidak-melebihi-RM2000.png

Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000.

tidak-melebihi-RM4-000-semasa-tuntutan-dibuat..png

Mulai 1 Januari 2015 pendeposit sedia ada dan baharu yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000 semasa tuntutan dibuat.

kursus-yang-diiktiraf-oleh-Kerajaan..png

Penerima manfaat diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Penerima-manfaat-belum-mencapai-umur-29-tahun.png

Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran geran sepadan dilakukan.

Pemberian-hanya-layak-kepada-pendeposit-yang-membuka-akaun-untuk-anaknya-sendir.png

Pemberian hanya layak kepada pendeposit (ibu/bapa/penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak di bawah jagaannya yang sah sahaja

Kaedah Tuntutan Geran Sepadan

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/salinan slip gaji/salinan Penyata Pencen/salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan
  2. Salinan Sijil Kelahiran /Sijil Anak Angkat/Surat Akuan Berkanun penerima manfaat
  3. Salinan MyKad pasangan/Sijil Kematian/Surat Cerai
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi perkara 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan (PTPTN hendaklah mencetak maklumat pembiayaan daripada sistem)

*Perkara 1, 4 dan 5 hendaklah disahkan

*Tertakluk terma dan syarat

E-BOOK PERCUMA

Bagaimana Cara Mendapatkan Pelepasan Cukai dengan Simpan SSPN?

Scroll to Top
Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi

Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi

Typically replies within an hour

Tinggalkan pesanan untuk bantuan

Kod Eksekutif PTPTN 000002240 Rasmi
Hai, Sila masukkan Kod Eksekutif PTPTN Rasmi 000002240 semasa pembukaan akaun SSPN PRIME. Sila klik Start Chat With: Untuk bantuan lanjut..
Start Chat with: